Mari Berorak-Arik
Ini adalah ruangan untuk warga Sekolah Sains Sosial (UMS) mengikuti perkembangan dan berita-berita terbaru sekolah bersabit aspek: penyelidikan, persidangan, penerbitan, infrastruktur, pameran dan hal-hal inovasi. Sesekali blog ini turut memaparkan berita aktiviti para kakitangan dan pelajar SSS.
|
|
Oct 21, 2007
Posted at 04:36 am by RDambul
Permalink
Apr 6, 2007
Mulai hari ini, memo edaran dari P & I hanya akan datang dalam bentuk kertas mini begini:
|
NOTIS MAKLUMAN TERKINI: PENYELIDIKAN & INOVASI
TARIKH: __________________________________________
TENTANG APA?
Penyelidikan [ ] Persidangan [ ] Penerbitan [ ]
Infrastruktur [ ] Pameran [ ] Minit Mesyuarat [ ]
Hal-hal lain:
__________________________________________________
DI MANA DISALURKAN?
Mailing list [ ] Blog P & I [ ] Notis Board SS [ ]
Pigeon Hole [ ] Fail Float SS [ ] TD P&I in person [ ]
STATUS
Nilai 'Urgency': 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
|
TENTANG APA? Ia memberi info am tentang maklumat yang telah diedarkan. Jika ia sfesifik, maka saya akan buat catatan dalam hal-hal lain.
DI MANA DISALURKAN? Itu akan memberi info tentang di mana tuan-puan boleh dapatkan 'edaran' itu. Mailing list (bagi yang sudah beri email), Blog P&I (http://inovasi2007.blogdrive.com/ - yang sedang anda tatap ini) , Notis Board SS (yang berhampiran pintu utama), Pigeon Hole (this is self-explanatory), Fail Float SS (yang itu diletak berhampiran dengan mesin fotokopi – warna hitam), dan TD P&I in person (maklumat itu boleh diperoleh dengan berjumpa TD P&I – ini biasanya untuk hal yang tidak urgent dan hanya relevan itu sebilangan kecil kakitangan).
STATUS?
Sejauhmana urgent perkara itu. Nilai 10 sangat urgent. Nilai 1 kurang urgent. Kalau saya letak sekitar 8-10, bermakna maklumat itu perlukan tindakan susulan dengan kadar yang sangat segera. Jika diletak antara 1-3, bermakna maklumat itu hanyalah bersifat 'makluman'.
Saya hanya akan mengedarkan salinan hard-copy bagi maklumat yang BENAR-BENAR penting saja. Yang selebihnya boleh ditemui di sini (blog informasi SS); atau/dan menerusi kiriman dalam email kelompok.
Posted at 10:18 am by RDambul
Permalink
Apr 4, 2007
(i) Saya disergah seseorang: kenapa beriya-iya mahu jimatkan kertas? Saya fikir dia bukan marah. Cuma barangkali kurang senang dengan penyaluran maklumat menerusi elektronik. Ya, saya faham. Memang internet UMS lembab terhegeh-hegeh, macam siput tak cukup lendir. Ketika waktu puncak, masa yang diguna untuk membuka satu email, kadang-kadang tempohnya setara dengan masa yang diguna untuk mencuci sebuah kawah dodol yang besar. Itu baru buka, belum lagi baca!
Tapi di sebalik kelembaban ini, saya fikir komunikasi secara elektronik masih satu alternatif yang bagus. Kelebihan paling utama, kita boleh akses info walau di mana saja. Tak perlu berada di sekolah secara fizikal. Bahkan, kalau kita berada di Papua New Guinea pun, kita masih boleh intim dekat dengan berita-berita opis.
(ii)
Saya kurang gemar dengan rutin edaran hard-copy kerana saya fikir itu tidak ekonomik. Bukan saja dari segi materi, tetapi juga dari segi tenaga dan produktiviti pengurusan. Bukan semua maklumat mempunyai nilai relevan yang sama untuk setiap orang. Biarpun maklumat itu sifatnya umum. Sedangkan bila mau diedar secara hard-copy, kita terpaksa edar pada semua. Kalau tidak, nanti dikata diskriminasi. Menyalahi prinsip ISO.
Penyaluran menerusi sirkulasi elektronik (email) dan board siber (blog) lebih ekonomik. Kita libatkan semua orang, tapi para pengguna boleh memilih secara selektif maklumat mana yang mereka mau layan atau bo-layan. Pilihan ada di hujung jari kita. Hanya satu klik. Tak perlu lagi pigeon hole kita diseksa dengan longgokan kertas setiap hari. Lagipun, kalau dihantar secara 'fizikal', kebarangkalian untuk tercicir lebih tinggi. Kalau secara elektronik, ia boleh dirujuk semula bila-bila masa. Kalau malas baca di skrin, ada pilihan untuk print.
Sekadar makluman, seluruh bangunan SS bakal dilengkapi kemudahan 'wireless internet' sebelum sesi baru bermula. Itu akan memudahkan lagi akses terhadap internet; serta menyenangkan tugas-tugas pengajaran (terutama bagi para pensyarah yang mengamalkan web-based teaching). Saya fikir ini juga akan membantu merealisasikan usaha kita ke arah 'paperless admin'.
Sana-sini orang sibuk dengan proses penjenamaan-semula (rebranding). Ya, ia satu strategi yang bagus untuk meningkatkan imej. Soalnya, bagaimana sebuah institusi pendidikan seperti SS boleh dijenamakan semula? Menguasai teknologi informasi adalah cara terbaik. IT sangat sinonim dengan pendidikan dan penyelidikan. Justeru, kalau kita mahu perkenalkan SS sebagai gedung ilmu mesra-teknologi yang tidak fobia IT, ia harus bermula dari asas. Ya, bermula daripada kita: para pendidik merangkap penyelidik. Kan?
(iii)
OK, kita masih bercakap tentang isu kertas ya. Barangkali hujah-hujah di atas itu tidak cukup menyakinkan sesetengah orang. Apa kata kita melihatnya pula dari sudut kemanusiaan dan obligasi sosial.
Bagaimana?
OK, let the climatologist speaks up: global warming is real! And it's more alarming now than the previous decade. We certainly can't afford to do nothing, can we? Bolehkah kita menyelamatkan dunia dengan penjimatan sehelai kertas? May be not. But, does it make a difference in a long run? Yes, it does.
Let me tell you the bitchiest thing about global warming. Impak petaka ini sangat tidak adil. The poorest countries in the world (i.e. the sub-Saharan Africa, Siberia and its surrounding) are relatively more prone to climate change. Bila kesan pemanasan bumi berlaku, negara-negara miskin ini (yang secara natural lebih sensitif terhadap perubahan ekstrim iklim) terpaksa menanggung akibat yang lebih signifikan. Yang ironi, mereka bukanlah penyumbang utama kepada gejala global warming!
Imagine this. Kita di sini bergelendangan ria dengan penggunaan kertas yang berlebihan, sedangkan akibat dari pembaziran itu akan ditanggung lebih perit oleh orang lain. Ya, memang kita yang bayar kos kertas. Tapi kos derita, mereka yang membayarnya.
(iv)
Mulai hari ini, memo edaran dari P & I hanya akan datang dalam bentuk kertas mini begini:
|
NOTIS MAKLUMAN TERKINI: PENYELIDIKAN & INOVASI
TARIKH: __________________________________________
TENTANG APA?
Penyelidikan [ ] Persidangan [ ] Penerbitan [ ]
Infrastruktur [ ] Pameran [ ] Minit Mesyuarat [ ]
Hal-hal lain:
__________________________________________________
DI MANA DISALURKAN?
Mailing list [ ] Blog P & I [ ] Notis Board SS [ ]
Pigeon Hole [ ] Fail Float SS [ ] TD P&I in person [ ]
STATUS
Nilai 'Urgency': 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
|
TENTANG APA? Ia memberi info am tentang maklumat yang telah diedarkan. Jika ia sfesifik, maka saya akan buat catatan dalam hal-hal lain.
DI MANA DISALURKAN? Itu akan memberi info tentang di mana tuan-puan boleh dapatkan 'edaran' itu. Mailing list (bagi yang sudah beri email), Blog P&I (http://inovasi2007.blogdrive.com/ - yang sedang anda tatap ini) , Notis Board SS (yang berhampiran pintu utama), Pigeon Hole (this is self-explanatory), Fail Float SS (yang itu diletak berhampiran dengan mesin fotokopi – warna hitam), dan TD P&I in person (maklumat itu boleh diperoleh dengan berjumpa TD P&I – ini biasanya untuk hal yang tidak urgent dan hanya relevan itu sebilangan kecil kakitangan).
STATUS?
Sejauhmana urgent perkara itu. Nilai 10 sangat urgent. Nilai 1 kurang urgent. Kalau saya letak sekitar 8-10, bermakna maklumat itu perlukan tindakan susulan dengan kadar yang sangat segera. Jika diletak antara 1-3, bermakna maklumat itu hanyalah bersifat 'makluman'.
Saya hanya akan mengedarkan salinan hard-copy bagi maklumat yang BENAR-BENAR penting saja. Yang selebihnya boleh ditemui di sini (blog informasi SS); atau/dan menerusi kiriman dalam email kelompok.
Posted at 10:11 am by RDambul
Permalink
Mar 30, 2007
Minit Penuh Mesyuarat PPI (28 Mac 2007)
Mesyuarat Penyelidikan & Inovasi
28 Mac 2007
(1) Permohonan untuk menganjur persidangan
Kertaskerja mesti dimajukan sekurang-kurangnya 3 tahun lebih awal (international), 2 tahun (regional) dan 1 tahun (nasional).
(2) Perkara-perkara berbangkit tentang penyelidikan
· Sebelum mengusulkan penyelidikan, para pensyarah disaran membuat 'pattern search' (sama ada di internet atau data base yang relevan). Agar ini dapat mengelak pengulangan dan 'replikasi langsung' (direct replication) kajian yang sama.
· Bila memohon geran, digalakkan untuk memasukkan budget bagi 'pelajar pasca-siswazah merangkap pembantu penyelidik' (Tips umum membuat budget: RM12K per-year per-head; dan bagi setiap geran penyelidikan, permohonan 2 pelajar pasca adalah munasabah).
· PPI akan ambil langkah drastik dan pragmatik untuk memantau laporan penyelidikan (kerana masalah penyelidik tidak menghantar laporan dan tidak menutup akaun/laporan akhir masih menjadi isu utama). Hal sebegini boleh menyebabkan UMS 'hilang potensi dan daya saing' untuk mendapat dana penyelidikan yang lebih besar.
· Laporan penyelidikan MESTI diberi kepada PPI (melalui sekolah) mengikut kala 'quarterly' (setiap 3 bulan: bermula sebaik saja geran diluluskan bukannya bermula bila budget diperoleh secara fizikal daripada universiti). Walaupun peruntukan belum dapat, sekurang-kurangnya laporan asas tentang persiapan (e.g. literature review, komunikasi dengan pihak-pihak yang berkenaan, etc) boleh dibuat.
· Mengikut rekod PPI, enam (6) orang penyelidik SS masih belum menghantar laporan akhir dan menutup akaun bagi gran penyelidikan yang telah tamat tempohnya (termasuk seorang pensyarah yang sudah meninggalkan UMS). Surat rasmi daripada PPI dijangka akan menyusul.
· Bagi para pensyarah yang bercadang untuk memohon cuti belajar dalam waktu terdekat, dinasihatkan supaya 'mengemaskini' laporan penyelidikan (dan menutup segera akaun penyelidikan yang telah tamat). Jika tidak, ia akan menjejaskan proses permohonan cuti belajar.
(3) Maklumat pelajar pasca-siswazah setiap sekolah
Dekan & JK Pelajar Pasca-siswazah dipohon menyediakan maklumat tentang status penajaan SEMUA pelajar pasca-siswazah di sekolah masing-masing. Maklumat yang diperlukan ialah: Apakah bentuk tajaan yang diberi (pinjaman, biasiswa, self-sponsored, etc)? Siapakah yang memberi biasiswa (kementerian, yayasan mara, badan-badan swasta dan berkanun, etc)? Bagaimanakah mod pemberian biasiswa (bulanan atau 'lump sum'; disalur melalui universiti atau terus kepada pelajar, etc)?
(4) Hal-hal lain
· Dalam mesyuarat PPI, ahli juga telah membangkitkan perihal pensyarah yang namanya terlalu banyak muncul (sebagai penyelidik bersekutu) dalam pelbagai projek penyelidikan (yang dijalankan pada tempoh yang sama). Isunya adalah tentang masalah fokus dan beban (yang boleh mempengaruhi komitmen terhadap pelbagai tugasan lain).
· Isu berhubung penglibatan pensyarah yang agak banyak dalam pengajaran luar kampus (PLUMS) turut dibangkitkan. Ini dikaitkan dengan korelasi negatif dari segi prestatsi penyelidikan.
· Saya fikir dua isu di atas bukan merupakan satu generalisasi simplistik yang boleh disabitkan dengan semua pensyarah. Ia barangkali boleh dirujuk sebagai 'kes terpencil' yang hanya membabitkan sesetengah individu. Bagaimanapun, perkara ini adalah sesuatu yang munasabah untuk difikir dan diberi perhatian oleh setiap orang.
Posted at 04:24 pm by RDambul
Permalink
Mar 29, 2007
Mesyuarat PPI & Royal Society Chevening Award
MEMO DALAMAN
29 Mac 2007
DARIPADA : Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SS
KEPADA : Semua Kakitangan Akademik SS
PER: Maklumat terkini dari PPI & Royal Society Chevening Malaysia Award
1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi peringkat universiti berlangsung pada 28 Mac 2007. Saya juga akan paparkan di pejabat am minit penuh tentang isu-isu berbangkit dalam mesyuarat tersebut untuk semakan dan makluman semua pensyarah (apabila PPI menghantar salinan minit yang lengkap). Sementara itu, berikut adalah beberapa informasi yang saya fikir mempunyai kepentingan umum dengan kadar segera:
· Perihal permohonan geran penyelidikan (Fundamental & Sciencefund) pada pusingan yang lalu, para pensyarah diminta mengambil sendiri 'in person' borang permohonan yang telah disemak oleh JK penilai di Pusat Penyelidikan & Inovasi (PPI). Selepas pembetulan-pembetulan yang disaran telah dibuat, borang tersebut harus dikembalikan ke PPI menerusi sekolah.
· Pemohon tidak boleh menghantar sendiri permohonan tanpa melalui JK peringkat sekolah dan tanpa melalui universiti (pada masa dulu, ada kalangan pemohon yang terus menghantar sendiri borang permohonan tanpa melalui sekolah dan universiti). Dimaklumkan bahawa amalan ini tidak lagi diterima oleh pihak kementerian. Borang-borang yang tidak disertai sokongan rasmi jabatan dan universiti secara automatik akan ditolak.
· Masalah tipikal dalam permohonan geran penyelidikan ialah (i) item dan spesifikasi belanjawan (i.e. tidak menepati format – boleh rujuk terus kepada PPI); dan (ii) tidak disertai CV (i.e. cuma perlu berikan CV ringkas tentang aspek penyelidikan dan hal-hal yang relevan dengan geran yang dipohon – tidak perlu masukkan hal-ehwal pengajaran, khidmat komuniti, etc).
· Sila rujuk buku kecil tentang panduan permohonan geran penyelidikan (saya difahamkan, sudah diedar kepada semua pensyarah).
2. Royal Society Chevening Malaysia Award 2007/2008
Skim hadiah penyelidikan ini ditawarkan kepada para penyelidik di Malaysia yang berminat untuk membuat 'post-doctoral research' di United Kingdom selama antara 3 hingga 12 bulan (April 2007 – Mac 2008) dalam bidang 'natural' dan 'applied science'. UMS akan mencalonkan dua penyelidik dan setiap sekolah boleh menghantar pencalonan dari kalangan kakitangan akademiknya sendiri. Tarikh akhir pencalonan ialah 10 April 2007. Sesiapa yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang skim hadiah penyelidikan ini, boleh merujuk pada papan kenyataan di ruang santai pejabat am, kemudian berjumpa dengan saya jika berminat untuk memohon.
PS: Memo ini diedarkan dalam bentuk hard-copy dan salinan email. Kepada kakitangan yang sedang cuti belajar, tuan-puan boleh memilih untuk 'dikecualikan' daripada mailing list ini (sekiranya tuan-puan merasakan bahawa informasi-informasi ini tidak relevan dan boleh mendatangkan gangguan). Sila maklumkan kepada saya jika tuan-puan mahu email tersebut dikeluarkan daripada list.
Posted at 04:19 pm by RDambul
Permalink
Mar 27, 2007
MEMO DALAMAN SEKOLAH SAINS SOSIAL
(Memo ini dihantar dalam format edaran hard-copy dan menerusi email)
TARIKH : 27 Mac 2007
DARIPADA : Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
KEPADA : Semua Kakitangan Akademik
Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan-Puan,
MOD KOMUNIKASI DAN PENYALURAN INFORMASI
Seperti yang dimaklumi, dari masa ke semasa ada pelbagai maklumat pentadbiran disalur oleh pihak atasan menerusi Timbalan Dekan P & I. Supaya setiap maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat, saya memilih untuk mengaktifkan komunikasi menerusi 'mailing list'. Justeru, mohon kiranya tuan-puan dapat memberi email kepada saya untuk dimasukkan dalam mailing list ini. Selain daripada email rasmi UMS (yang selalu dilanda masalah!), tuan-puan juga digalakkan memberi email kedua (i.e. yahoo, gmail, hotmail, etc).
Tuan-puan boleh memberi alamat email menerusi tiga cara:
- Secara konvensional (i.e. tulis alamat email dan nama, kemudian masukkan ke dalam pigeon hole saya).
- ATAU sila hantar email kepada saya (rdambul@yahoo.co.uk) menggunakan akaun email tuan-puan yang berkenaan.
- ATAU (bagi yang turut mendapat memo ini dalam bentuk email), sila beri maklum-balas bagi memperakukan bahawa tuan-puan masih menggunakan alamat email tersebut.
Komunikasi secara email ini hanyalah salah satu alternatif bagi mempercepatkan penyaluran informasi. Mod-mod komunikasi lain, yang telah dipraktikkan sebelum ini (misalnya: surat edaran, kaedah tampalan notis, etc) masih akan diteruskan.
Posted at 04:17 pm by RDambul
Permalink
|
|
|