MEMO DALAMAN SEKOLAH SAINS SOSIAL
(Memo ini dihantar dalam format edaran hard-copy dan menerusi email)
TARIKH : 27 Mac 2007
DARIPADA : Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)
KEPADA : Semua Kakitangan Akademik
Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan-Puan,
MOD KOMUNIKASI DAN PENYALURAN INFORMASI
Seperti yang dimaklumi, dari masa ke semasa ada pelbagai maklumat pentadbiran disalur oleh pihak atasan menerusi Timbalan Dekan P & I. Supaya setiap maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat, saya memilih untuk mengaktifkan komunikasi menerusi 'mailing list'. Justeru, mohon kiranya tuan-puan dapat memberi email kepada saya untuk dimasukkan dalam mailing list ini. Selain daripada email rasmi UMS (yang selalu dilanda masalah!), tuan-puan juga digalakkan memberi email kedua (i.e. yahoo, gmail, hotmail, etc).
Tuan-puan boleh memberi alamat email menerusi tiga cara:
- Secara konvensional (i.e. tulis alamat email dan nama, kemudian masukkan ke dalam pigeon hole saya).
- ATAU sila hantar email kepada saya (rdambul@yahoo.co.uk) menggunakan akaun email tuan-puan yang berkenaan.
- ATAU (bagi yang turut mendapat memo ini dalam bentuk email), sila beri maklum-balas bagi memperakukan bahawa tuan-puan masih menggunakan alamat email tersebut.
Komunikasi secara email ini hanyalah salah satu alternatif bagi mempercepatkan penyaluran informasi. Mod-mod komunikasi lain, yang telah dipraktikkan sebelum ini (misalnya: surat edaran, kaedah tampalan notis, etc) masih akan diteruskan.
Posted at 04:17 pm by RDambul