MEMO DALAMAN
29 Mac 2007
DARIPADA : Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SS
KEPADA : Semua Kakitangan Akademik SS
PER: Maklumat terkini dari PPI & Royal Society Chevening Malaysia Award
1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi peringkat universiti berlangsung pada 28 Mac 2007. Saya juga akan paparkan di pejabat am minit penuh tentang isu-isu berbangkit dalam mesyuarat tersebut untuk semakan dan makluman semua pensyarah (apabila PPI menghantar salinan minit yang lengkap). Sementara itu, berikut adalah beberapa informasi yang saya fikir mempunyai kepentingan umum dengan kadar segera:
· Perihal permohonan geran penyelidikan (Fundamental & Sciencefund) pada pusingan yang lalu, para pensyarah diminta mengambil sendiri 'in person' borang permohonan yang telah disemak oleh JK penilai di Pusat Penyelidikan & Inovasi (PPI). Selepas pembetulan-pembetulan yang disaran telah dibuat, borang tersebut harus dikembalikan ke PPI menerusi sekolah.
· Pemohon tidak boleh menghantar sendiri permohonan tanpa melalui JK peringkat sekolah dan tanpa melalui universiti (pada masa dulu, ada kalangan pemohon yang terus menghantar sendiri borang permohonan tanpa melalui sekolah dan universiti). Dimaklumkan bahawa amalan ini tidak lagi diterima oleh pihak kementerian. Borang-borang yang tidak disertai sokongan rasmi jabatan dan universiti secara automatik akan ditolak.
· Masalah tipikal dalam permohonan geran penyelidikan ialah (i) item dan spesifikasi belanjawan (i.e. tidak menepati format – boleh rujuk terus kepada PPI); dan (ii) tidak disertai CV (i.e. cuma perlu berikan CV ringkas tentang aspek penyelidikan dan hal-hal yang relevan dengan geran yang dipohon – tidak perlu masukkan hal-ehwal pengajaran, khidmat komuniti, etc).
· Sila rujuk buku kecil tentang panduan permohonan geran penyelidikan (saya difahamkan, sudah diedar kepada semua pensyarah).
2. Royal Society Chevening Malaysia Award 2007/2008
Skim hadiah penyelidikan ini ditawarkan kepada para penyelidik di Malaysia yang berminat untuk membuat 'post-doctoral research' di United Kingdom selama antara 3 hingga 12 bulan (April 2007 – Mac 2008) dalam bidang 'natural' dan 'applied science'. UMS akan mencalonkan dua penyelidik dan setiap sekolah boleh menghantar pencalonan dari kalangan kakitangan akademiknya sendiri. Tarikh akhir pencalonan ialah 10 April 2007. Sesiapa yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut tentang skim hadiah penyelidikan ini, boleh merujuk pada papan kenyataan di ruang santai pejabat am, kemudian berjumpa dengan saya jika berminat untuk memohon.
PS: Memo ini diedarkan dalam bentuk hard-copy dan salinan email. Kepada kakitangan yang sedang cuti belajar, tuan-puan boleh memilih untuk 'dikecualikan' daripada mailing list ini (sekiranya tuan-puan merasakan bahawa informasi-informasi ini tidak relevan dan boleh mendatangkan gangguan). Sila maklumkan kepada saya jika tuan-puan mahu email tersebut dikeluarkan daripada list.
Posted at 04:19 pm by RDambul