Mari Berorak-Arik

Ini adalah ruangan untuk warga Sekolah Sains Sosial (UMS) mengikuti perkembangan dan berita-berita terbaru sekolah bersabit aspek: penyelidikan, persidangan, penerbitan, infrastruktur, pameran dan hal-hal inovasi. Sesekali blog ini turut memaparkan berita aktiviti para kakitangan dan pelajar SSS.






rss feed



Mar 30, 2007
Minit Penuh Mesyuarat PPI (28 Mac 2007)

 

Mesyuarat Penyelidikan & Inovasi

28 Mac 2007

 

(1) Permohonan untuk menganjur persidangan

 

Kertaskerja mesti dimajukan sekurang-kurangnya 3 tahun lebih awal (international), 2 tahun (regional) dan 1 tahun (nasional).

 

(2) Perkara-perkara berbangkit tentang penyelidikan

 

·         Sebelum mengusulkan penyelidikan, para pensyarah disaran membuat 'pattern search' (sama ada di internet atau data base yang relevan). Agar ini dapat mengelak pengulangan dan 'replikasi langsung' (direct replication) kajian yang sama.

·         Bila memohon geran, digalakkan untuk memasukkan budget bagi 'pelajar pasca-siswazah merangkap pembantu penyelidik' (Tips umum membuat budget: RM12K per-year per-head; dan bagi setiap geran penyelidikan, permohonan 2 pelajar pasca adalah munasabah).

·         PPI akan ambil langkah drastik dan pragmatik untuk memantau laporan penyelidikan (kerana masalah penyelidik tidak menghantar laporan dan tidak menutup akaun/laporan akhir masih menjadi isu utama). Hal sebegini boleh menyebabkan UMS 'hilang potensi dan daya saing' untuk mendapat dana penyelidikan yang lebih besar.

·         Laporan penyelidikan MESTI diberi kepada PPI (melalui sekolah) mengikut kala 'quarterly' (setiap 3 bulan: bermula sebaik saja geran diluluskan bukannya bermula bila budget diperoleh secara fizikal daripada universiti). Walaupun peruntukan belum dapat, sekurang-kurangnya laporan asas tentang persiapan (e.g. literature review, komunikasi dengan pihak-pihak yang berkenaan, etc) boleh dibuat.

·         Mengikut rekod PPI, enam (6) orang penyelidik SS masih belum menghantar laporan akhir dan menutup akaun bagi gran penyelidikan yang telah tamat tempohnya (termasuk seorang pensyarah yang sudah meninggalkan UMS). Surat rasmi daripada PPI dijangka akan menyusul.

·         Bagi para pensyarah yang bercadang untuk memohon cuti belajar dalam waktu terdekat, dinasihatkan supaya 'mengemaskini' laporan penyelidikan (dan menutup segera akaun penyelidikan yang telah tamat). Jika tidak, ia akan menjejaskan proses permohonan cuti belajar.

 

(3) Maklumat pelajar pasca-siswazah setiap sekolah

 

Dekan & JK Pelajar Pasca-siswazah dipohon menyediakan maklumat tentang status penajaan SEMUA pelajar pasca-siswazah di sekolah masing-masing. Maklumat yang diperlukan ialah: Apakah bentuk tajaan yang diberi (pinjaman, biasiswa, self-sponsored, etc)? Siapakah yang memberi biasiswa (kementerian, yayasan mara, badan-badan swasta dan berkanun, etc)? Bagaimanakah mod pemberian biasiswa (bulanan atau 'lump sum'; disalur melalui universiti atau terus kepada pelajar, etc)?

 

 (4) Hal-hal lain

 

·         Dalam mesyuarat PPI, ahli juga telah membangkitkan perihal pensyarah yang namanya terlalu banyak muncul (sebagai penyelidik bersekutu) dalam pelbagai projek penyelidikan (yang dijalankan pada tempoh yang sama). Isunya adalah tentang masalah fokus dan beban (yang boleh mempengaruhi komitmen terhadap pelbagai tugasan lain).

·         Isu berhubung penglibatan pensyarah yang agak banyak dalam pengajaran luar kampus (PLUMS) turut dibangkitkan. Ini dikaitkan dengan korelasi negatif dari segi prestatsi penyelidikan.

·         Saya fikir dua isu di atas bukan merupakan satu generalisasi simplistik yang boleh disabitkan dengan semua pensyarah. Ia barangkali boleh dirujuk sebagai 'kes terpencil' yang hanya membabitkan sesetengah individu. Bagaimanapun, perkara ini adalah sesuatu yang munasabah untuk difikir dan diberi perhatian oleh setiap orang.   

 


Posted at 04:24 pm by RDambul

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry