Mari Berorak-Arik

Ini adalah ruangan untuk warga Sekolah Sains Sosial (UMS) mengikuti perkembangan dan berita-berita terbaru sekolah bersabit aspek: penyelidikan, persidangan, penerbitan, infrastruktur, pameran dan hal-hal inovasi. Sesekali blog ini turut memaparkan berita aktiviti para kakitangan dan pelajar SSS.






rss feed



Apr 6, 2007
Notis Makluman Terkini

Mulai hari ini, memo edaran dari P & I hanya akan datang dalam bentuk kertas mini begini:

 

 

NOTIS MAKLUMAN TERKINI: PENYELIDIKAN & INOVASI

 

TARIKH: _____________________________________­­_____

 

TENTANG APA?

Penyelidikan [    ]   Persidangan [    ]   Penerbitan [    ]

Infrastruktur [    ]   Pameran [    ]   Minit Mesyuarat [    ]

 

Hal-hal lain:

 

__________________________________________________

 

DI MANA DISALURKAN?

Mailing list [    ]   Blog P & I [    ]   Notis Board SS [    ]

Pigeon Hole [   ]   Fail Float SS [   ]   TD P&I in person [    ]

 

STATUS

Nilai 'Urgency': 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10

 

 

 

TENTANG APA?
Ia memberi info am tentang maklumat yang telah diedarkan. Jika ia sfesifik, maka saya akan buat catatan dalam hal-hal lain.

 

DI MANA DISALURKAN?
Itu akan memberi info tentang di mana tuan-puan boleh dapatkan 'edaran' itu. Mailing list (bagi yang sudah beri email), Blog P&I (http://inovasi2007.blogdrive.com/ - yang sedang anda tatap ini) , Notis Board SS (yang berhampiran pintu utama), Pigeon Hole (this is self-explanatory), Fail Float SS (yang itu diletak berhampiran dengan mesin fotokopi – warna hitam), dan TD P&I in person (maklumat itu boleh diperoleh dengan berjumpa TD P&I – ini biasanya untuk hal yang tidak urgent dan hanya relevan itu sebilangan kecil kakitangan).

 

STATUS?

Sejauhmana urgent perkara itu. Nilai 10 sangat urgent. Nilai 1 kurang urgent. Kalau saya letak sekitar 8-10, bermakna maklumat itu perlukan tindakan susulan dengan kadar yang sangat segera. Jika diletak antara 1-3, bermakna maklumat itu hanyalah bersifat 'makluman'.

Saya hanya akan mengedarkan salinan hard-copy bagi maklumat yang BENAR-BENAR penting saja. Yang selebihnya boleh ditemui di sini (blog informasi SS); atau/dan menerusi kiriman dalam email kelompok.


Posted at 10:18 am by RDambul

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry